Wednesday, July 21, 2010
Sunday, July 18, 2010
Mungkin inilah cabaran utk anak2 kembar ummi.. Sekrang ni ummi tgh cube funegreek ... mcm interesting je testimonialnya.. ummi dah cube 5 hari.. ade perubahan rasa bdenyut2 skit tp bm blum produktif lagi.. pe2 hal kembar doakanlah usaha ummi ni berjaya kali ini..
Sunday, July 4, 2010
Friday, July 2, 2010
31/1/10
Baru kuar dr hosp. jumat lps. Masuk wad ahad sblmnya.. Bleeding balik..
kembar oo kembar tak sabar2 nak tgk dunia ye.. Tunggu spai2 betul2 dah
besar ,tembam dan sihat sumenya br leh kuar. Umi sentiasa bdoa sume anak2 umi sihat, sempurna dan jd anak2 yg soleh/solehah.
14/2/10
Aku dh mula susah tido malam sjk kebelakangan ni. Mengiring kiri/kanan pun salah, telentang lagi salah. Tak selesa dan sesak nafas dibuatnya. Perut ni plak dah membesar bagai johan mengalhkan tembikar gred A++.
Checkup br2 ni anak2 dah 2.2kg sorang. Mana taknya berat perut aku ni..
Nasib baik ada kain batik ni wat anduh perut aku ni.
19/2/10
Pedih ulu hati sejak minggu lepas. Spai susah nak tido bila pedih naik ke tekak aku. Buat aku takut makan benda pedassss..
23/2/10
Checkup pagi ni. Baby dah 2.5kg + 2.6kg setiap sorang. Kali ini kedua2nya songsang. MC dua hari.
27/2/10
Risau jgk menantikan 11mar nanti. Allah tlglah permudahkan sgl urusan aku pd hari itu. Selamatkanlah aku dan anak kembarku ini. Berikanlah kami kekuatan, kesihatan yg baik. Jauhkanlah kami dari malapetaka. Amin ya rabbal alaminn...
1/3/10
Gi checkup, rupenya ari ni utk sakit puan. Nurse tsilap set date. Dapat jumpa doktor pakar. Paling tekejut dia reshedule operation aku 1 week earlier jumat ni 5/3/10. Memandangkan abe aku dah setuju aku ikut aje.
menggigil jgk dibuatnya. Doktor kata bb akan btambah besar next week & bdn aku mungkin x leh tampung lagi berat .. katanya x perlu tunggu spai bb 3kg sbb ini 'twin case'
Selamatkanlah aku & twin YA Allah..
Wednesday, January 13, 2010
Bila sekolah dah mula.. rutin harian aku pun berubah. Bangun seawal 5.30pg buat sarapan or terus masak utk hari tsbt. Kena pastikan sume dah dah ready pukul 6.45pg. Fadhil kena bawa bekalan makanan hari2 sbb sek situ x de halal food. Fadhil naik keta anak jiran aku ke sekolah, nabilah dan muiz van sekolah amik depan rumah.. Aku kena kuar kerja selewat2 6.45pg sbb jalan dah start jam.
Inilah rutin harianku..
Fadhil nampak seronok je kat kelas tu.. Yang terkezut tu ade indian girls triplet!!!.. mmg sebijik muke depa sorang2..gambar salah sorangnya ada kt poto pertama ni.. mmg serupa!!!
.

Tuesday, January 12, 2010
Tarikan SJKC
JIKA dulu tidak ramai di kalangan ibu bapa masyarakat Melayu yang menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tetapi kini sebaliknya.SEIMBANG...akademik dan kokurikulum di SJCK seimbang.
CEMERLANG...kejayaan anak Melayu di SJKC turut mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah berkenaan.
SJKC yang diperkenalkan sejak 1880 itu kini semakin menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka menimba ilmu, sekali gus meningkatkan jumlah pelajar bukan berbangsa Cina belajar di sekolah itu.
Terbaru, sesi persekolahan bagi 2010 mencuri perhatian apabila 70 peratus murid tahun satu di SJKC Kou Hua, Kuala Nerang, Terengganu terdiri daripada murid Melayu.
Daripada 19 murid tahun satu yang mendaftar, 14 daripadanya Melayu, Cina (tiga) dan dua murid Siam. Dengan itu, hampir 50 peratus daripada 96 jumlah keseluruhan murid di sekolah itu adalah Melayu.
Selain sekolah itu, kebanyakan SJKC di seluruh negara juga menerima pelajar baru terutama di kalangan masyarakat Melayu.
Peningkatan bilangan murid terutama Melayu yang mendaftar di SJKC menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apakah faktor yang menyebabkan ibu bapa kini lebih cenderung menghantar anak ke SJKC berbanding Sekolah Kebangsaan (SK)?
Adakah ia disebabkan sistem pendidikannya? Adakah ia mungkin disebabkan kemudahan infrastruktur yang lebih canggih dan lengkap? Mungkinkah kejayaan yang dicapai pelajar Melayu yang bersekolah di SJKC seperti dibuktikan Mohamad Daniel Idrus iaitu pelajar Melayu tunggal di SJKC Bachang, Melaka yang meraih 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, menjadi perangsang?
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata banyak faktor yang dilihat menjadi penyebab ibu bapa kini lebih memilih SJKC berbanding SK sebagai tempat anak mereka menimba ilmu.
Salah satu daripada faktor itu, menurut Mohd Ali, dasar keterbukaan yang diamalkan di negara ini iaitu ibu bapa bebas untuk memilih sekolah yang mereka rasakan terbaik untuk anak masing-masing."Wujudnya kesedaran terhadap kepentingan bahasa Mandarin dalam kehidupan dan kerjaya anak mereka kelak di samping prestasi murid di SJKC yang lebih cemerlang juga menjadi faktornya.
"Ia diikuti dengan kecemerlangan kaedah pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik serta disiplin murid yang terkawal," katanya.
Selain itu, kata Mohd Ali, kemudahan prasarana di SJKC yang lebih baik dan lengkap turut menarik minat ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.
"Sebagai ibu bapa, kita pasti akan memilih yang terbaik untuk anak, lebih-lebih lagi yang berkaitan pendidikan.
"Jadi, dengan keadaan sesetengah SK terutama di luar bandar tidak mempunyai prasarana yang lengkap, sudah pasti mereka memilih SJCk kerana ia lebih lengkap," katanya.
Menurutnya lagi, guru di SJKC yang lebih komited, berdedikasi dan sentiasa menitikberatkan kemajuan serta prestasi murid turut menjadi faktor penyebab ibu bapa menghantar anak ke SJKC, sekali gus meningkatkan bilangan murid Melayu di sekolah berkenaan.
"Akademik dan kokurikulum di SJKC juga seimbang kerana setiap murid diwajibkan menghadiri aktiviti kokurikulum yang dijalankan setiap minggu," katanya.
Dalam hal ini, saya berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan SK supaya ia menjadi pilihan ibu bapa bukan saja untuk masyarakat Melayu tetapi juga Cina dan India untuk menghantar anak mereka menimba ilmu.
"Kemudahan dan prasarana di semua SK juga perlu dilengkapkan di samping memastikan menempatkan guru yang berkaliber serta berdedikasi untuk mengajar.
"Kaedah pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik juga perlu dipertingkatkan selain memperbaiki sistem disiplin di SK," katanya.
Kata Mohd Ali, apa yang paling penting dan perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan dengan mewujudkan subjek tambahan di SK iaitu bahasa Mandarin dan Tamil.
"Bahasa Mandarin sangat berguna kepada masa depan anak. Justeru, dengan penawaran subjek itu di SK, ia berupaya menjadikan SK sebagai pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak menimba ilmu," katanya.
Sementara itu, bapa kepada Mohamad Daniel, Idrus Md Zin, berkata beliau mempunyai alasan tersendiri memilih SJKC untuk anaknya menimba ilmu.
"Alasannya cukup senang. Saya mahu dia belajar menguasai pelbagai bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.
"Ini kerana, agama sendiri ada mengatakan kalau mahu mendidik anak, kita kena ikut zaman mereka sekarang. Jadi, zaman sekarang selain bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa lain terutama Mandarin juga sangat penting.
"Selain berkomunikasi, mereka kelak boleh menggunakan bahasa itu untuk kegunaan dalam kehidupan dan kerjaya mereka, lebih-lebih lagi bahasa Mandarin adalah bahasa perantaraan utama di dunia," katanya.
Menurutnya, kaedah pembelajaran yang diguna pakai di SJKC terutama dalam subjek Matematik dan Sains juga menjadi salah satu faktornya.
"Walaupun sistem pendidikan yang digunakan sama di semua sekolah, kaedah pembelajarannya cukup berlainan terutama Matematik dan Sains.
"Disiplin pelajar di SJKC terutama yang membabitkan kerja sekolah juga sentiasa mendapat perhatian guru dan ia mendorong murid untuk sentiasa melaksanakannya sebaik mungkin.
"Jika murid gagal untuk melaksanakan kerja yang diberikan, guru akan memberitahu ibu bapa untuk mengambil tindakan sewajarnya. Ia tidak berakhir dengan pemberitahuan saja kerana mereka akan sentiasa membuat pemantauan, " katanya.
Menurut Idrus lagi, komunikasi antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah serta komitmen dan tanggungjawab guru yang tinggi terhadap kemajuan murid turut menjadi faktor dia menghantar anaknya menimba ilmu di SJKC.
"Di SJKC, guru banyak berinteraksi dengan ibu bapa terutama yang berkaitan dengan murid.
"Jika ada sebarang masalah tidak kira dari segi pelajaran atau disiplin, mereka akan segera menyelesaikannya di samping memaklumkan kepada ibu bapa untuk tindakan selanjutnya.
"Sebagai contoh, ketika Mohamad Daniel masih di tahun satu, beberapa pelajar darjah enam masuk ke kelas mereka dan mengambil peralatan tulis mereka.
"Selepas mengetahui perkara itu daripada Daniel, saya kemudian menghantar surat kepada guru kelasnya dan dalam sehari saja, perkara ini berjaya diselesaikan," katanya.
Idrus berkata, bagi sesetengah guru, mereka menganggap tugas dan tanggungjawab mereka adalah semata-mata untuk mengajar tetapi ia berlainan di SJKC.
Wednesday, January 6, 2010
Rasulullah SAW dengan limau
Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.Tuesday, December 29, 2009
Kekadang tu susah jgk nak cakap.. anak2 yang berjaya, banyak beri bantuan(rajin hulur tiap2 bulan) itulah yg akan jadi favourite parent tsbt.
Aku sedih jgk mentang2 arwah tu susah, nak bg anak2 makan pun tersekat2, inikan nak hulur kat orang tua tentu jauh sekali selalunya menjadi bahan tidak puas hati ibubapa tu. Naik jemu telinga ni mendengar segala buruk cela arwah tu disampaikan kt aku setiap kali aku tipon... spai rasa malas nak tipon selalu.. entah ape lagi yg nak diceritakan lagi.. kalu x de pun dia akan ulang2 balik citer yg sama.
Sampai saat kematian pun mcm tak puas hati je kt arwah tu.. Aku tegur jgk spy jgn citer yg bukan2 nanti orang lain nampak buruk keluarga kita. Dia mcm nak lepas diri je dr segala urusan kematian arwah tu.. pasal nak pinjam cerek air buat kenduri pun tak mau bagi.. sedih betul aku tengok peelnya ..
Memang ya jadi ibubapa tak semestinya tindakan kite tu selalu betul.. Tak salah jika anak2 menegur dan jgn fikir lak yg selalu menegur tu utk melawan tp sebenarnya utk kebaikan semua..
Wednesday, December 9, 2009
Monday, December 7, 2009
Dah seminggu anak2ku tak de sini. Saje bagi peluang dia orang dok kt kg rumah along aku. Fadhil & Muiz tu mcm2 alasan dia beri utk stay satu minggu lagi... takpela setahun sekali je.. tapi jgnlah menyusahkan maklong & paklong plak tau..
aku kt sini mcm biasa letih memanjang.. tak tau nak buat ape.. minta advice doktor.. napela aku ni selalu letih bila pragnent..
Doktor kata itu normal.. esp twin pragnency.. aduss.. Biar you penat, letih,susah sekarang, asal baby2 u sume dlm tu sihat2 bile kuar nanti.. itulah nasihat doktor kt aku. mana taknye aku mmg cpt penat bila berdiri lama, berjalan jauh, duduk lama, bercakap lama, even bila sidai baju pun aku termengah2. Dedulu masa pragnent x le teruk sgt mcm ni..
itula sbbnya Allah kata "syurga di bwh tapak kaki ibu"...
Kalu tgk badan aku ni ramai yang kata aku dah cukup bulan or tunggu hari.. padahal aku baru je masuk 6 bln... Nanti aku pos gambar twin aku 6mth in my womb.. aku x leh imagine mcm mn size bdn aku bile dah masuk 9mth nanti.. rasa2nya sume anggota bdn aku akan bengkak. La ni pun kaki, tgn, muke sume dah sembab..
Hanya tuhan je yang tau kepayahan aku kali ni..
Wednesday, November 18, 2009
Thursday, November 5, 2009
to
Abe (ayah)- 1 sept
Fadhil (adik) - 17 sept
Nabilah (kakak) - 29 sept
Ummi minta maaf sebab ketika itu ummi terlalu sibuk dgn diri sendiri. U all pun nampak mcm mana keadaan ummi time tu.. Anyway hari2 tersebut alarm hp ummi dah bunyi. So, at least ummi dah verbally wish your birthday on that day.
Ummi doakan semoga semuanya sihat selalu, panjang umur dan bahagia hingga akhir hayat.
Thursday, October 29, 2009
Monday, October 5, 2009
Banyak kisah berlaku kat aku sepanjang posa dan raya ni.. Seminggu sebelum raya masuk hospital 3 hari. Pas tu mood raya aku semakin berkurangan dan hilang terus.. apa tidaknya doktor tak bagi aku berjalan jauh, jangan beraya, on bed and rest kalu nak air mentuban tu byk balik.. "nanti boleh teruk bleeding u kalu u tak control"
Tapi ada hikmah disebaliknya .. doa aku dimakbulkan... heheh.. memang plan aku pd awalnya nak lepak je dok rumah sbb masa tu tgh mabuk giler ... tapi dapat bantahan dari abe aku..
Tup..tup bile aku admitted doktor pesan kat dia jgn bg aku travelling, beraya etc ..Yahoooo.. apalagi abe aku pasrahla dgn kehendak doktor tu dan sblm ni mmg kehendak aku pun.. heheh..
W/pun aku suke sgt dapat relax masa raya.. tp jiwa aku sentiasa kacau.. sentiasa ingat kata2 doktor tu..risau sgt bleeding tu akan berulang2 lagi... Nasib baiklah aku masih ada kakak kt kg tu.. anak sedara dah besar2.. leh la aku tumpang lepak kt umah dia..
Nak Lepak rumah abah aku??? sendiri mau ingat la... abah aku sibuk dgn keluarga baru dia.. jadi adik beradik aku ni pandai2lah bawa diri beraya ni.. masing2 jumpa abah, salam minta maaf .. pas tu chow tak sampai sehari dok rumah abah.. abah aku pun tak kisah sgt kot.. lagi dia suke agaknya...entah?.. mana aku tau..
Abang aku sorang tu langsung malas nak balik kg.. entahla.. aku pun tak nak citer.. masing2 dah tua.. fikir2la sendiri..
Monday, September 7, 2009
1st time checkup:
Memula tu mmg doktor kata "saya nampak ada kelongsong lain tadi.. mungkin kosong kot.. tapi tak pelah asal yang satu ni nampak heartbeat kira ok tu"
2nd time checkup:
Jom saya scan perut tu tgk sihat ke tak.. tengok tu dah moving dah die.. nanti saya kjap saya ukur.. Tetiba... eh..eh.. ape yg bergerak2 kat sebelah tu.. doktor hairan... dia pun alihkan scanner kt tpt bergerak tu...
aisyah.... ada dua la.. doktor menjerit... u dpt twin.... saya nak satu..( 2x)
ah??? aku terkejut.. mmg betul.. ada dua dlm ni..
Ya allah.. terima kasih.. selepas miscarriage 2x .. Engkau telah beri semula kedua2nya pada aku.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..
TQ ALLAH
Monday, August 31, 2009
Napalah abe ni susah sangat nak faham.. aku kata " nak jadi halimunan raya nanti" dia tak bagi.. dok ajelah kat rumah nak tido ke, baring ke ikut suke.. biar abang je bawa budak2 ni beraya...
Masalahnya bukan aku tak mau beraya tapi masalah kesihatan aku skrg mmg tak mengizinkan untuk aku bergerak bebas.. sabar ajela.. pas tu dok kg die.. seganlah beb.. kalu kg aku ok la skit.. kan..kan..
tapi aku kena buat plan B selepas ni.. hehehe....
Wednesday, August 19, 2009
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.. "Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau !!!"
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata... "Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"
Tuesday, August 18, 2009
MeMang aKu daPat beli lasaGna tu, serOnOK janGan katalah .. seBab aku
MeMang teringin Makan dari juMat lepas..
Tapi tetiba tekak aku jaDi tawar ... Entah.. biSa betul kata2 dia... Sampai aku tak lalu nak makan..
Bagi aku kalu dah bantu tu biarla ikhlaS, jgnla merungut2 dibelakang dan tak puaShati dengan aku..
Wednesday, August 5, 2009
Rule lagi satu kalu salah sorang tak siap lagi homework die.. yang lain kena tunggu sampai die siap keje tu.. baru boleh ON .. kalu tak... jgn harap ummi nak bagi...
Wednesday, July 29, 2009
kau Pergi Jua Merah
kalu ikutkan jasa kau mmg banyak pada aku tp ada yg aku tak boleh nak lupe sampai sekarang...
~~ dengan engkau la aku bawa arwah mak aku ke klinik yang tetiba kena strok dan pengsan.
~~ yang paling aku tak leh lupe... arwah mak aku kencing kat tpt duduk belakang sebab diapers yg dia pakai tercabut masa we all bawa dia jalan2 kt pekan.. Sampai je rumah aku dan abe terus mengelap kencing tu sampai hilang bau, warna dan ...
I am still luving u Merah
Monday, July 20, 2009
Entah kenapa pagi ni kepala aku pening bebenor.. Aku memang banyak tido this weekend..
Saje nak merehatkan diri aku yang hari makin hari semakin menggebu nih.. Time abe aku gi keje.. time itulah aku berjaya meloloskan diri untuk tidur sepuas hati. Kalu tidak asyik dengar syarahan die jek bile tengok aku membuta...
nabilah mmg dah tau modus operandi aku nih.. siap die sound aku" ooo.. akak tau bila ayah pg keje je , umi mesti ambil peluang tido kan?" hehehe..betul tu. pandai die meneka startegi aku..
anak2 aku sume understanding.. aku bagi diaorang layan online games without limited.. aPalagi ... aku dapat tido dengan amann...
yang sebenarnya ikhlas aku katakan... aku ni memang suke tido..ZZZZZ
Sunday, July 5, 2009
* Dalam hubungan kekeluargaan
* Dalam persahabatan
* Dalam rumahtangga
* Dalam pekerjaan harian
Sifat ikhlas itu akan terpancar dari wajah dan tingkah laku..
Percayalah..
Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita
Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk
Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros
Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap
Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya
Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada Pada hidung - Banyak rezeki
Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati
Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
Pada Tumit kiri - Baik budi
Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
Pada Alis kiri - Ramai yang suka
Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
Pada Jari kaki kanan - Suka menolong
Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
Pada Pipi kanan - Ramai teman
Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka
Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman
Pada Ubun-ubun - Kurang jujur
Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana
Wednesday, July 1, 2009
Inilah sikap Orang Melayu itu. Nasib kami Orang Melayu tak terbela. Orang Melayu yang ade kuasa kat sini sume 'JBS' -Jaga Buntut Sendiri.
Monday, June 29, 2009
Vibrations of soft tissues located at the back of our throats cause the noisy, annoying sounds of snoring that sometimes prevent non-snorers from getting their ZZZZs.The palate, uvula and tonsils are the tissue structures that flap against each other when someone has too much tissue at the back of their mouth or when an obstruction is blocking the air passageway to the back of the throat.
People with snoring problems tend to have one of the following conditions:
- Poor muscle tone in the tongue and throat
- Excessive bulkiness of throat tissue
- Long soft palate and/or uvula tissue in the back of the mouth
- Obstructed nasal airways
Snoring can be a serious medical problem because it disturbs sleeping patterns and deprives the snorer of necessary rest.
Did you know?- 20% of the population experiences snoring problems.
- Males and obese people have more problems with snoring.
- Snoring tends to be louder when a person sleeps on their back.
- There are more than 300 devices registered in the U.S. Patent and Trademark Office to help cure snoring.

.jpg)
.jpg)





































