BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 6, 2010

Wednesday, September 22, 2010

BM ku Merundum Hari Raya

antara alasan2 aku yang munasabah
1. Tak de tpt stategik nak pam.. tak leh fokus.. ipar lamai lalu lalang.. bilik tak de..
2. Asyik pegi beraya..turun naik rumah schedule sudah lari..
3. Pam wat hal.. membran nya koyak.. kena balik umah sini baru blh guna..
4. Adik nak direct cuma sebelah malam sbb dah train siang minum botol..
4. kembar tido lena malam... uminya zzzz tak sedar diri spai pagi

Cara2 meninggkatkan semula BM kalu berjadi
1. reshedule time pam.. min 3x day
2. fenugerek
3. minum air byk.. payah kalu time cuti

moga berhasil and maintain..

Monday, August 30, 2010

Usaha Makin Berhasil untuk Meningkatkan hasil BM

Cubaan2 yang telah aku lakukan utk menambah BM aku
1. Pil demporidone
khusus utk org sakit gastrik.. tp doktor kata ia beri impak jgk pd penambahanBM ... aku makan dekat 2 bulan jgkla.. hasilnya -masih ditakuk lama.. aku stop makan ubat tu..

2. Pil Asi
khas untuk melancarkan BM& menambah susu.. tp aku bertambah selera makan, badan naik berkilo-kilos... aku stop jgk lepas makan abis sekotak ..risau badan menaik tak seiring dgn bm aku..

3. Fenugreek
Ni aku makan lps aku study outcome nya dari bloggers.. hmmmm.. bertambah skit dari 5oz ke7oz. aku continue makan spai skrg..

4. High Protien
Yang ini aku dapat rekomen dari ina moms of twins jgk.. cost agak tinggi.. tp anak2 punya pasal.. aku usahakan jgk.. Boleh cecah ke 8oz tp masih tak lumayan bagi anak2 kembar aku.. sambil2 tu sesuai utk weight management... aku continue makan spai skrg mana tau sambil menyelam minum air..aku boleh kurus semula mcm dedulu

5.Longan Kering
Lepas je minum ni.. esoknya mrs.b aku jadi bengkak.. wah sonoknyerr... aku masih continue minum.. bm aku kekadang blh cecah 90z semula mcm dlm pantang kalu aku rajin pam..

6. Jantung pisang, pegaga, ulam-ulaman..
aku nak jadikan habit utk makan ulam2 ni setiap hari utk tambah bm.. sambil2 tu boleh elak sembelit, utk awet muda.. aku masih makan spai sekrang..

ini la usaha gigih aku utk tambah bm .. aku nekad nak bagi bm kat kembar aku spai cecah 2 tahun.. Terimalah permohonan aku ya Allah..

Wednesday, July 21, 2010

Alhamdulillah nampak berhasil..

Rasa seronok ummi .. bm ummi dah reach 5oz.. bolehla si abang kembar tu minum botol.. abang tak nak direct mungkin sbb mengalah dgn si adik kembar tu..
bagus2 jgk blog2 ibu2 yg IT knowlegde ni.. boleh share info and experience..
TQ you All.

Sunday, July 18, 2010

Dah cuba macam2..

Dah macam2 ummi cube nak tambah bm dari ubat doktor sehingga ke yang jamu.. tp hasilnya agak kurang lumayan.. kata orang byk minum air.. baru bm banyak.. kesudahannya kencing aje yang banyak..
Mungkin inilah cabaran utk anak2 kembar ummi.. Sekrang ni ummi tgh cube funegreek ... mcm interesting je testimonialnya.. ummi dah cube 5 hari.. ade perubahan rasa bdenyut2 skit tp bm blum produktif lagi.. pe2 hal kembar doakanlah usaha ummi ni berjaya kali ini..

Sunday, July 4, 2010

2-3 jam lepas dilahirkan..

Tanya ummi mana satu adik or abang?.. ummi tak dapat nak jawab
..hehehe


Esoknya.. wajah2 lps mandi pagi.. pkl 8pg nurse dah bawa kembar ni pg mandi.. menjerit2 nangis.. tp kembar nampak comei dgn rambut bersikat...




Friday, July 2, 2010

puihhh... lama betul tak update..

Biarlah aku mula dari aku stop blogging hingga skrg....

31/1/10
Baru kuar dr hosp. jumat lps. Masuk wad ahad sblmnya.. Bleeding balik..
kembar oo kembar tak sabar2 nak tgk dunia ye.. Tunggu spai2 betul2 dah
besar ,tembam dan sihat sumenya br leh kuar. Umi sentiasa bdoa sume anak2 umi sihat, sempurna dan jd anak2 yg soleh/solehah.

14/2/10
Aku dh mula susah tido malam sjk kebelakangan ni. Mengiring kiri/kanan pun salah
, telentang lagi salah. Tak selesa dan sesak nafas dibuatnya. Perut ni plak dah membesar bagai johan mengalhkan tembikar gred A++.
Checkup br2 ni anak2 dah 2.2kg sorang. Mana taknya berat perut aku ni..
Nasib baik ada kain batik ni wat anduh perut aku ni.

19/2/10
Pedih ulu hati sejak minggu lepas. Spai susah nak tido bila pedih naik ke tekak aku. Buat aku takut makan benda pedassss..

23/2/10
Checkup pagi ni. Baby dah 2.5kg + 2.6kg setiap sorang. Kali ini kedua2nya songsang. MC dua hari.

27/2/10
Risau jgk menantikan 11mar nanti. Allah tlglah permudahkan sgl urusan aku pd hari itu. Selamatkanlah aku dan anak kembarku ini. Berikanlah kami kekuatan, kesihatan yg baik. Jauhkanlah kami dari malapetaka. Amin ya rabbal alaminn...


1/3/10
Gi checkup, rupenya ari ni utk sakit puan. Nurse tsilap set date. Dapat jumpa doktor pakar. Paling tekejut dia reshedule operation aku 1 week earlier jumat ni 5/3/10. Memandangkan abe aku dah setuju aku ikut aje.
menggigil jgk dibuatnya. Doktor kata bb akan btambah besar next week & bdn aku mungkin x leh tampung lagi berat .. katanya x perlu tunggu spai bb 3kg sbb ini 'twin case'
Selamatkanlah aku & twin YA Allah..



Wednesday, January 13, 2010

Hari Pertama Fadhil Di Sekolah
Bila sekolah dah mula.. rutin harian aku pun berubah. Bangun seawal 5.30pg buat sarapan or terus masak utk hari tsbt. Kena pastikan sume dah dah ready pukul 6.45pg. Fadhil kena bawa bekalan makanan hari2 sbb sek situ x de halal food. Fadhil naik keta anak jiran aku ke sekolah, nabilah dan muiz van sekolah amik depan rumah.. Aku kena kuar kerja selewat2 6.45pg sbb jalan dah start jam.
Inilah rutin harianku..
Fadhil nampak seronok je kat kelas tu.. Yang terkezut tu ade indian girls triplet!!!.. mmg sebijik muke depa sorang2..gambar salah sorangnya ada kt poto pertama ni.. mmg serupa!!!

.


Tuesday, January 12, 2010

Tarikan SJKC

JIKA dulu tidak ramai di kalangan ibu bapa masyarakat Melayu yang menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tetapi kini sebaliknya.
SEIMBANG...akademik dan kokurikulum di SJCK seimbang.
SEIMBANG...akademik dan kokurikulum di SJCK seimbang.
CEMERLANG...kejayaan anak Melayu di SJKC turut mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah berkenaan.
CEMERLANG...kejayaan anak Melayu di SJKC turut mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah berkenaan.

SJKC yang diperkenalkan sejak 1880 itu kini semakin menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka menimba ilmu, sekali gus meningkatkan jumlah pelajar bukan berbangsa Cina belajar di sekolah itu.

Terbaru, sesi persekolahan bagi 2010 mencuri perhatian apabila 70 peratus murid tahun satu di SJKC Kou Hua, Kuala Nerang, Terengganu terdiri daripada murid Melayu.

Daripada 19 murid tahun satu yang mendaftar, 14 daripadanya Melayu, Cina (tiga) dan dua murid Siam. Dengan itu, hampir 50 peratus daripada 96 jumlah keseluruhan murid di sekolah itu adalah Melayu.

Selain sekolah itu, kebanyakan SJKC di seluruh negara juga menerima pelajar baru terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Peningkatan bilangan murid terutama Melayu yang mendaftar di SJKC menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apakah faktor yang menyebabkan ibu bapa kini lebih cenderung menghantar anak ke SJKC berbanding Sekolah Kebangsaan (SK)?

Adakah ia disebabkan sistem pendidikannya? Adakah ia mungkin disebabkan kemudahan infrastruktur yang lebih canggih dan lengkap? Mungkinkah kejayaan yang dicapai pelajar Melayu yang bersekolah di SJKC seperti dibuktikan Mohamad Daniel Idrus iaitu pelajar Melayu tunggal di SJKC Bachang, Melaka yang meraih 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, menjadi perangsang?

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata banyak faktor yang dilihat menjadi penyebab ibu bapa kini lebih memilih SJKC berbanding SK sebagai tempat anak mereka menimba ilmu.

Salah satu daripada faktor itu, menurut Mohd Ali, dasar keterbukaan yang diamalkan di negara ini iaitu ibu bapa bebas untuk memilih sekolah yang mereka rasakan terbaik untuk anak masing-masing.

"Wujudnya kesedaran terhadap kepentingan bahasa Mandarin dalam kehidupan dan kerjaya anak mereka kelak di samping prestasi murid di SJKC yang lebih cemerlang juga menjadi faktornya.

"Ia diikuti dengan kecemerlangan kaedah pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik serta disiplin murid yang terkawal," katanya.

Selain itu, kata Mohd Ali, kemudahan prasarana di SJKC yang lebih baik dan lengkap turut menarik minat ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.

"Sebagai ibu bapa, kita pasti akan memilih yang terbaik untuk anak, lebih-lebih lagi yang berkaitan pendidikan.

"Jadi, dengan keadaan sesetengah SK terutama di luar bandar tidak mempunyai prasarana yang lengkap, sudah pasti mereka memilih SJCk kerana ia lebih lengkap," katanya.

Menurutnya lagi, guru di SJKC yang lebih komited, berdedikasi dan sentiasa menitikberatkan kemajuan serta prestasi murid turut menjadi faktor penyebab ibu bapa menghantar anak ke SJKC, sekali gus meningkatkan bilangan murid Melayu di sekolah berkenaan.

"Akademik dan kokurikulum di SJKC juga seimbang kerana setiap murid diwajibkan menghadiri aktiviti kokurikulum yang dijalankan setiap minggu," katanya.

Dalam hal ini, saya berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan SK supaya ia menjadi pilihan ibu bapa bukan saja untuk masyarakat Melayu tetapi juga Cina dan India untuk menghantar anak mereka menimba ilmu.

"Kemudahan dan prasarana di semua SK juga perlu dilengkapkan di samping memastikan menempatkan guru yang berkaliber serta berdedikasi untuk mengajar.

"Kaedah pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik juga perlu dipertingkatkan selain memperbaiki sistem disiplin di SK," katanya.

Kata Mohd Ali, apa yang paling penting dan perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan dengan mewujudkan subjek tambahan di SK iaitu bahasa Mandarin dan Tamil.

"Bahasa Mandarin sangat berguna kepada masa depan anak. Justeru, dengan penawaran subjek itu di SK, ia berupaya menjadikan SK sebagai pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak menimba ilmu," katanya.

Sementara itu, bapa kepada Mohamad Daniel, Idrus Md Zin, berkata beliau mempunyai alasan tersendiri memilih SJKC untuk anaknya menimba ilmu.

"Alasannya cukup senang. Saya mahu dia belajar menguasai pelbagai bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.

"Ini kerana, agama sendiri ada mengatakan kalau mahu mendidik anak, kita kena ikut zaman mereka sekarang. Jadi, zaman sekarang selain bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa lain terutama Mandarin juga sangat penting.

"Selain berkomunikasi, mereka kelak boleh menggunakan bahasa itu untuk kegunaan dalam kehidupan dan kerjaya mereka, lebih-lebih lagi bahasa Mandarin adalah bahasa perantaraan utama di dunia," katanya.

Menurutnya, kaedah pembelajaran yang diguna pakai di SJKC terutama dalam subjek Matematik dan Sains juga menjadi salah satu faktornya.

"Walaupun sistem pendidikan yang digunakan sama di semua sekolah, kaedah pembelajarannya cukup berlainan terutama Matematik dan Sains.

"Disiplin pelajar di SJKC terutama yang membabitkan kerja sekolah juga sentiasa mendapat perhatian guru dan ia mendorong murid untuk sentiasa melaksanakannya sebaik mungkin.

"Jika murid gagal untuk melaksanakan kerja yang diberikan, guru akan memberitahu ibu bapa untuk mengambil tindakan sewajarnya. Ia tidak berakhir dengan pemberitahuan saja kerana mereka akan sentiasa membuat pemantauan, " katanya.

Menurut Idrus lagi, komunikasi antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah serta komitmen dan tanggungjawab guru yang tinggi terhadap kemajuan murid turut menjadi faktor dia menghantar anaknya menimba ilmu di SJKC.

"Di SJKC, guru banyak berinteraksi dengan ibu bapa terutama yang berkaitan dengan murid.

"Jika ada sebarang masalah tidak kira dari segi pelajaran atau disiplin, mereka akan segera menyelesaikannya di samping memaklumkan kepada ibu bapa untuk tindakan selanjutnya.

"Sebagai contoh, ketika Mohamad Daniel masih di tahun satu, beberapa pelajar darjah enam masuk ke kelas mereka dan mengambil peralatan tulis mereka.

"Selepas mengetahui perkara itu daripada Daniel, saya kemudian menghantar surat kepada guru kelasnya dan dalam sehari saja, perkara ini berjaya diselesaikan," katanya.

Idrus berkata, bagi sesetengah guru, mereka menganggap tugas dan tanggungjawab mereka adalah semata-mata untuk mengajar tetapi ia berlainan di SJKC.

Wednesday, January 6, 2010

Twins in Womb ver.3
28 weeks.
Now they can see their twin brother face to face. Weight roughly 1.6xkg and 1.5xkg each, almost 3.2kg altogether.


Rasulullah SAW dengan limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Tuesday, December 29, 2009

Belajarlah Jadi Ibu Bapa yang Adil

Kekadang tu susah jgk nak cakap.. anak2 yang berjaya, banyak beri bantuan(rajin hulur tiap2 bulan) itulah yg akan jadi favourite parent tsbt.
Aku sedih jgk mentang2 arwah tu susah, nak bg anak2 makan pun tersekat2, inikan nak hulur kat orang tua tentu jauh sekali selalunya menjadi bahan tidak puas hati ibubapa tu. Naik jemu telinga ni mendengar segala buruk cela arwah tu disampaikan kt aku setiap kali aku tipon... spai rasa malas nak tipon selalu.. entah ape lagi yg nak diceritakan lagi.. kalu x de pun dia akan ulang2 balik citer yg sama.
Sampai saat kematian pun mcm tak puas hati je kt arwah tu.. Aku tegur jgk spy jgn citer yg bukan2 nanti orang lain nampak buruk keluarga kita. Dia mcm nak lepas diri je dr segala urusan kematian arwah tu.. pasal nak pinjam cerek air buat kenduri pun tak mau bagi.. sedih betul aku tengok peelnya ..
Memang ya jadi ibubapa tak semestinya tindakan kite tu selalu betul.. Tak salah jika anak2 menegur dan jgn fikir lak yg selalu menegur tu utk melawan tp sebenarnya utk kebaikan semua..


Wednesday, December 9, 2009

Twin in womb ver.2

Both of them already 24 weeks. weight about 941g & 828g. Almost 2kg per total...No wonder my belly became heavier day by day..
I really hope they are healthy in there.

anak2 bujang bersunat cuti Sekolah



My Home Sweet Home




Monday, December 7, 2009

Letihnya Badan ni..

Dah seminggu anak2ku tak de sini. Saje bagi peluang dia orang dok kt kg rumah along aku. Fadhil & Muiz tu mcm2 alasan dia beri utk stay satu minggu lagi... takpela setahun sekali je.. tapi jgnlah menyusahkan maklong & paklong plak tau..
aku kt sini mcm biasa letih memanjang.. tak tau nak buat ape.. minta advice doktor.. napela aku ni selalu letih bila pragnent..
Doktor kata itu normal.. esp twin pragnency.. aduss.. Biar you penat, letih,susah sekarang, asal baby2 u sume dlm tu sihat2 bile kuar nanti.. itulah nasihat doktor kt aku. mana taknye aku mmg cpt penat bila berdiri lama, berjalan jauh, duduk lama, bercakap lama, even bila sidai baju pun aku termengah2. Dedulu masa pragnent x le teruk sgt mcm ni..
itula sbbnya Allah kata "syurga di bwh tapak kaki ibu"...
Kalu tgk badan aku ni ramai yang kata aku dah cukup bulan or tunggu hari.. padahal aku baru je masuk 6 bln... Nanti aku pos gambar twin aku 6mth in my womb.. aku x leh imagine mcm mn size bdn aku bile dah masuk 9mth nanti.. rasa2nya sume anggota bdn aku akan bengkak. La ni pun kaki, tgn, muke sume dah sembab..
Hanya tuhan je yang tau kepayahan aku kali ni..

Wednesday, November 18, 2009

Tadika Eden

Grand betul pakaian convo fadhil ni. Nie baru tadika je. Zaman aku convo dedulu macam kudut jek.


Wednesday, November 11, 2009


Adab berpakaian Dalam Islam

Thursday, November 5, 2009

Happy Belated Birthday Sayang!!

to

Abe (ayah)- 1 sept
Fadhil (adik) - 17 sept
Nabilah (kakak) - 29 sept


Ummi minta maaf sebab ketika itu ummi terlalu sibuk dgn diri sendiri. U all pun nampak mcm mana keadaan ummi time tu.. Anyway hari2 tersebut alarm hp ummi dah bunyi. So, at least ummi dah verbally wish your birthday on that day.

Ummi doakan semoga semuanya sihat selalu, panjang umur dan bahagia hingga akhir hayat.

Tuesday, November 3, 2009

IT Group Organization Chart






Thursday, October 29, 2009

Bila Hidup ko Bergantung pd Ihsan

Susahnya bergantung hidup pada insan lain. Mungkin ko dah byk
menyusahkan insan tsbt.

ape2 pun hidup ko kena diteruskan.
ko kene Pekakkan telinga, ko kene Butakan Mata selama 5 bulan ni..
Kalu tak ko akan sakit balik.
Harap ko dpt bertahan dengan kerenah insan itu.

Monday, October 26, 2009

Twins in womb ver.1

6 weeks

11 weeks

13 weeks







Tuesday, October 20, 2009

::: Perjalanan Janin Dalam Kandungan :::

Monday, October 5, 2009

:: Hajatku Tertunai Raya ni ::

Banyak kisah berlaku kat aku sepanjang posa dan raya ni.. Seminggu sebelum raya masuk hospital 3 hari. Pas tu mood raya aku semakin berkurangan dan hilang terus.. apa tidaknya doktor tak bagi aku berjalan jauh, jangan beraya, on bed and rest kalu nak air mentuban tu byk balik.. "nanti boleh teruk bleeding u kalu u tak control"

Tapi ada hikmah disebaliknya .. doa aku dimakbulkan... heheh.. memang plan aku pd awalnya nak lepak je dok rumah sbb masa tu tgh mabuk giler ... tapi dapat bantahan dari abe aku..
Tup..tup bile aku admitted doktor pesan kat dia jgn bg aku travelling, beraya etc ..Yahoooo.. apalagi abe aku pasrahla dgn kehendak doktor tu dan sblm ni mmg kehendak aku pun.. heheh..

W/pun aku suke sgt dapat relax masa raya.. tp jiwa aku sentiasa kacau.. sentiasa ingat kata2 doktor tu..risau sgt bleeding tu akan berulang2 lagi... Nasib baiklah aku masih ada kakak kt kg tu.. anak sedara dah besar2.. leh la aku tumpang lepak kt umah dia..

Nak Lepak rumah abah aku??? sendiri mau ingat la... abah aku sibuk dgn keluarga baru dia.. jadi adik beradik aku ni pandai2lah bawa diri beraya ni.. masing2 jumpa abah, salam minta maaf .. pas tu chow tak sampai sehari dok rumah abah.. abah aku pun tak kisah sgt kot.. lagi dia suke agaknya...entah?.. mana aku tau..

Abang aku sorang tu langsung malas nak balik kg.. entahla.. aku pun tak nak citer.. masing2 dah tua.. fikir2la sendiri..




Friday, October 2, 2009

1st Day Raya at Rembau






Monday, September 7, 2009

:: Bulan Posa Penuh Cabaran dan Kejutan ::

1st time checkup:
Memula tu mmg doktor kata "saya nampak ada kelongsong lain tadi.. mungkin kosong kot.. tapi tak pelah asal yang satu ni nampak heartbeat kira ok tu"

2nd time checkup:
Jom saya scan perut tu tgk sihat ke tak.. tengok tu dah moving dah die.. nanti saya kjap saya ukur.. Tetiba... eh..eh.. ape yg bergerak2 kat sebelah tu.. doktor hairan... dia pun alihkan scanner kt tpt bergerak tu...
aisyah.... ada dua la.. doktor menjerit... u dpt twin.... saya nak satu..( 2x)
ah??? aku terkejut.. mmg betul.. ada dua dlm ni..

Ya allah.. terima kasih.. selepas miscarriage 2x .. Engkau telah beri semula kedua2nya pada aku.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

TQ ALLAH




Monday, August 31, 2009

:: Macam mana nie?? ::

Napalah abe ni susah sangat nak faham.. aku kata " nak jadi halimunan raya nanti" dia tak bagi.. dok ajelah kat rumah nak tido ke, baring ke ikut suke.. biar abang je bawa budak2 ni beraya...
Masalahnya bukan aku tak mau beraya tapi masalah kesihatan aku skrg mmg tak mengizinkan untuk aku bergerak bebas.. sabar ajela.. pas tu dok kg die.. seganlah beb.. kalu kg aku ok la skit.. kan..kan..
tapi aku kena buat plan B selepas ni.. hehehe....

Wednesday, August 19, 2009

:: KaKi ::

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.. "Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau !!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata... "Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

Tuesday, August 18, 2009

:: teRingin MaKan LaSagNa ::

MeMang aKu daPat beli lasaGna tu, serOnOK janGan katalah .. seBab aku
MeMang teringin Makan dari juMat lepas..

Tapi tetiba tekak aku jaDi tawar ... Entah.. biSa betul kata2 dia... Sampai aku tak lalu nak makan..

Bagi aku kalu dah bantu tu biarla ikhlaS, jgnla merungut2 dibelakang dan tak puaShati dengan aku..


Wednesday, August 5, 2009

:: Pertandingan Wau di tempat keje ayah ::

Puyoo.. dasat2 wau they all buat.. kecuali wau group ayah.. kelihatan agak2 kudut aje..warna putih agak2 kosong tu la ayah punye..
kira ok la dpt no.8 dari 8 peserta yang lain.
Sekurang2nya ayah dah mencube..











.