BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, October 19, 2008

Nabilah 10 tahun -29Sept

Fadhil dah 5 tahun -17Sept

Baru masuk 5 tahun. Pagi2 lagi jumpa ayahnya minta belikan kek birthday.
Bawak pi tengok kek , minta yang ada spiderman, ultraman atas kek tu.. jadi umminya overbudget hari tu..

Monday, September 22, 2008

Wednesday, September 10, 2008

Bila ALLAH...

Bila ALLAH Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila ALLAH Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila ALLAH Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Wednesday, August 27, 2008

Family Day



















Family day at Desa Water Park Aug'08.

Tuesday, August 26, 2008

My Kid Go for Trip









Of course I am worry !. I wait until the bus coming , then I go to work.
What about him? He kept repeated telling me the story of his trip about a 'month' .
And it's only stop after a new story comes in his mind.

Friday, August 22, 2008

Team Building. It's Fun

video

Kelakar sungguh. Asyik tergelakkan kekawan dan adik -adik je. Mana la larat nak panjat2/lompat macam itu la ini la .. At last adik2 dan kekawan yang beri bantuan kecemasan.. Tolong angkat ke, tolong tolak ke diriku ini yang membesar dengan sihat.

Thursday, August 21, 2008

Buat Movie Sendiri

video

Ada gambar2 yang kurang quality skit. Dulu tak de digital camera. Semua pakai filem. Apa2 pun kena scan baru boleh masuk komputer.. Itupun guna scanner office. Mahalnya nak beli scanner time tu...

Meninggalkan Perdebatan

"Aku menjamin sebuah rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun bergurau dan sebuah rumah di tempat tertinggi syurga bagi orang yang memperbaikkan budi pekertinya."

- Riwayat Abu Daud -

Penghuni Syurga

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Hendakkah kamu jika aku beritahu tentang lelaki penghuni syurga di kalangan kamu? Nabi di dalam syurga, Syahid di dalam syurga, Siddiq di dalam syurga, bayi di dalam syurga dan juga seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di pinggir kota semata-mata kerana Allah, di dalam syurga.

Hendakkah kamu jika aku beritahu tentang wanita penghuni syurga di kalangan kamu? Wanita yang penyayang, banyak beranak dan sering kembali iaitu jika berbuat salah dia akan berkata kepada suaminya, 'Ini tanganku di dalam tanganmu, aku tidak akan dapat melelapkan mataku kecuali jika kamu redha.' "

- Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir -

Dosa Aniaya

"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah seksanya di dunia di samping apa yang disediakan kelak di akhirat daripada aniaya dan memutus hubungan kekeluargaan."

Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Bakar r.a.

Budaya Barat

Budaya dan nilai hidup barat adalah sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya.

- Yusuf Islam (Cat Stevens) -

Tentang Ramadhan

Aishah r.a. bertanya, maksudnya:

"Ya Rasullullah, bagaimana pendapatmu jika aku dapat menemui Lailatulqadar itu? Apakah yang harus aku baca? Jawab Nabi s.a.w. bermaksud: "Bacalah; Ya Allah, Engkau pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

- Riwayat Annasa'i -

Sebaik-baik Sifat

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang bertaqwa lagi selalu menyembunyikan ibadatnya (tulus kepada Allah) di mana apabila dia berada dalam majlis, dia tidak dikenali ramai dan apabila dia tidak bersama dalam majlis dia tidaklah dicari oleh mereka."

- Riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi -

Mana Satu yang Baik?

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Duduk sendirian itu lebih baik dari mendekati orang yang durjana; sedang bergaul dengan orang yang baik (soleh) itu lebih baik dari duduk bersendirian."

- Riwayat Al-Hakim -

Masuk Syurga

Dari Jabir r.a katanya , dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka."

(Riwayat Muslim)

Menghilangkan Perasaan Dengki

"Berhadiah-hadiahlah kamu, nanti kamu menjadi berkasih-kasihan dan berjabat-jabat tanganlah kamu, nanti akan hilanglah rasa kedengkian antaramu." - Riwayat Ibnu 'Asakir -

Kurangkan Bercakap

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tinggalkan bicara yang berlebihan, dan cukup bagimu dari perkataanmu apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu."

Si Pendusta dan Si Bakhil

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Cukup bagi seorang dusta (dikira pendusta) apabila dia menceritakan semua yang didengarnya, (yang tidak dipastikan benar tidaknya) dan cukup bagi seorang bakhil jika dia berkata; aku akan ambil semua hakku dan tidak akan aku tinggalkan sedikitpun. "

-Riwayat Al-Haakim -

Monday, August 18, 2008

Lawatan ke Zoo Negara


















Ahad baru ni bawa anak2 pi zoo kat Hulu Klang dgn hubby.. Saje boring2 weekend.. keje rumah aku dah siap.. Sampai je situ naik train, tapi kena queue dulu beb.. nanti orang marah.
Anak aku si Fadhil 5thn tu baru kali pertama datang, dah pernah pi dulu, tapi time tu dia tak pandai jalan lagi. dia tak ingat pun.. kira2 ni la first time bagi dia... Suka betul anak2 tengok binatang2 kat situ harimau, singa, burung, rusa etc..

Pas turun train we all bawa anak2 gi tengok monyet, kena cari toilet plak masing2 nak terkucil.. geram betul aku.. tadinya kakaknya nabilah, ayahnya kena cari toilet..

Hubby plak nak pi solat, so aku dok lepak ngan anak2 kt kolam tpt selalu ada show tu.. sambil2 tu tengok ikan dan penguin kat situ..

Tetiba ada sorang mamat tu tanya sapa2 berminat masukkan anak2 ke pertandingan mewarna.. So, apalagi.. aku masukkan semua anak2 aku ke pertandingn tu.. dapat la relax skit sambil tengok mereka mewarna.. Masa nak tamat!! kata petugas tu.. tetiba fadhil nangis, sbb lukisannya tak siap lagi.. nanti dia kalah.. puas aku pujuk.. Hantar jgk lukisan tak siap tu. Tak seorang pun anak2 yg aku wakilkan menang..

Pas tu tgk show 3pm.. burung and sea lion.. balik dah 5ptg, cari masjid solat asar.. makan kat au5 pas tu balik..
sampai rumah masing2 kekenyangan dan keletihan.. anak2 tak nak tukar baju terus tido.. habis umi dia pun tertido.. hubby gi solat kat mesjid, boleh le rehat skit.. sedar2 dah pukul 9 mlm bgn mandi, tengok tv kjap pas tu sambung tido balik..



Sunday, August 10, 2008

Petrosain KLCC










Kali ni we all pegi Petrosains di KLCC.
Byk benda anak2 boleh belajar dari situ. Kekadang sesuatu yang aku sendiri tak reti nak terangkan kat anak2. Lepas tu terus nak balik umah...tetiba si kecik tu cakap " umi nanti nak pegi lagi boleh?".. wah..wah.

Monday, July 7, 2008

Umrah

Masa ayah kerja di Riyadh.
Ayah kata kalu ada rezeki nanti, dia akan bawa kami anak beranak buat umrah.